Wednesday, November 18, 2009

Cinta datang dan pergi

Saat aku duduk termenung seorang diri.. aku mula bertanya pada diri sendiri. Apa itu cinta...? Cinta itu buta.Cinta itu perkongsian jiwa antara dua jiwa... tapi apakah dia jodoh yang telah ditentukan untuk kita...

Bukan aku tidak mengenalimu..bukan juga kali pertama aku menatap wajahmu.. Namun ntah mengapa senyumanmu pada hari itu singgah dihatiku... Kenapa?

Saat itu, aku pendamkan perasaan..kerana aku sedar dengan kawan yang berada di sisiku lebih menarik untuk kau dampingi.. kerana tika malam memunculkan diri, kupinjam wajahmu dalam mimpi sehinggaku terbuai... Sungguhpun seketika, sungghpun ianya rahsia.. kau buat ku tidur dalam lena..

Tika aku duduk seorang diri menghitung hari yang mandatang, mencari jawapan bagi setiap dugaan TUHAN, kau hulurkan tangan ...

Katamu.."aku akan ada disampingmu tiap saat yang menduga kita..."

Aku(dengan linangan air mata) : Aku bukanlah perempuan yang baik.. aku tidak cantik.. bukan senang untuk kau memahamiku... bersahabatlah denganku.. mungkin itu lebih baik.

Katamu... "aku mahukan kamu yang kini. Bukan kamu yang dulu...

Saat aku terleka dengan kata-kata puitis dan belaian perasaan yang sangat tenang dan selesa.. ku cuba bukakan pintu hati kerana inilah masanya untuk aku hargai tika bahagia datang mengetuk pintu hatiku..tika bahagia datang untuk mengisi kekosongan dihatiku.. sungguhpun aku masih tertanya2..ikhlaskah kau saat tiap kata-kata itu dilafazkan..

Aku adalah aku.. cuba menjadi yang terbaik untuk diri.. ujian dan dugaan menjelma tanpa kita duga.. saat kita cuba mendekati dan cuba mengisi kekosongan hati, terimalah dia seadaanya.. ciptalah saat bahagia tika waktu masih ada,waktu kamu hanya berdua.. hargailah dia jika dia cuba membahagiakan dirimu.. bukan mengujinya dengan kata-kata satu persatu...

Aku punya jiwa.. aku punya sejarah.. tidak seindah yang kau sangkakan.. dinamakah harus ku nilai keikhlasanmu.. aku juga mahu bahagia seperti insan lain diluar sana..

salahkah aku berlaku setia.. salahkah aku tertanya-tanya adakah kau inginkanku dan dambakanku dalam hidupmu.. salahkah aku bila cuba memahami dan memberikan yang terbaik.. salahkah aku tika cuba nikmati kasih yang kau berikan.. adakah ianya dari hati..atau hanya untuk sementara..

Salahkah aku terus menjadi 'aku' kerana tidak pernah aku menyusahkanmu dengan 'aku' yang dulu... tidak pernah aku menysahkanmu dengan masalahku..

AKu yang kini adalah kerana 'aku' yang dulu... hanya aku yang tahu

Janji hanya tinggal janji..cinta hanya tinggal pada kenangannya... aku masih aku.. ambillah masa mengenaliku..bukan menilaiku melalui ujian yang kau cipta.. bukan mendampingimu untuk kau rasa bahagia..kerana aku juga rindukan bahagia itu.. aku rindu kamu.. aku sayang kamu.. TAPi sayang.. kau tidak layak menilaiku kerana kau belum kenali aku.. belum cukup mempercayai kasih yang aku berikan..

Satu saat sudah cukup untuk aku jatuh hati padamu..
satu jam sudah cukup untuk aku merindui kamu..
satu hari sudah cukup untuk aku membuka hati untuk cintamu..
Satu malam sudah cukup untuk aku terus tersenyum dengan mimpikanmu...
Namun, setiap nafas yang ku hembus belum cukup untuk aku melupakan harum wangianmu..
bilakah tibanya saat aku mampu melupakanmu...

SAAT KU KAU TINGGALKAN, kata orang.. dia bukanlah yang terbaik untuk diri kau.. semudah itu kau mendampingimu.. semudah itu juga kau lafazkan.."aku bukanlah untukmu"...

TUHAN.. hambamu ini hanya merancang.. KAUlah yang MAHA menentukan segalanya..
Jadikanlah aku seorang yang REDHA dengan segala ketentuanMU.. AMIN

No comments:

Post a Comment