Wednesday, November 18, 2009

JANGAN SEDIH SAYANG..

Jangan Sedih Sayang...

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Cinta datang dan pergi

Saat aku duduk termenung seorang diri.. aku mula bertanya pada diri sendiri. Apa itu cinta...? Cinta itu buta.Cinta itu perkongsian jiwa antara dua jiwa... tapi apakah dia jodoh yang telah ditentukan untuk kita...

Bukan aku tidak mengenalimu..bukan juga kali pertama aku menatap wajahmu.. Namun ntah mengapa senyumanmu pada hari itu singgah dihatiku... Kenapa?

Saat itu, aku pendamkan perasaan..kerana aku sedar dengan kawan yang berada di sisiku lebih menarik untuk kau dampingi.. kerana tika malam memunculkan diri, kupinjam wajahmu dalam mimpi sehinggaku terbuai... Sungguhpun seketika, sungghpun ianya rahsia.. kau buat ku tidur dalam lena..

Tika aku duduk seorang diri menghitung hari yang mandatang, mencari jawapan bagi setiap dugaan TUHAN, kau hulurkan tangan ...

Katamu.."aku akan ada disampingmu tiap saat yang menduga kita..."

Aku(dengan linangan air mata) : Aku bukanlah perempuan yang baik.. aku tidak cantik.. bukan senang untuk kau memahamiku... bersahabatlah denganku.. mungkin itu lebih baik.

Katamu... "aku mahukan kamu yang kini. Bukan kamu yang dulu...

Saat aku terleka dengan kata-kata puitis dan belaian perasaan yang sangat tenang dan selesa.. ku cuba bukakan pintu hati kerana inilah masanya untuk aku hargai tika bahagia datang mengetuk pintu hatiku..tika bahagia datang untuk mengisi kekosongan dihatiku.. sungguhpun aku masih tertanya2..ikhlaskah kau saat tiap kata-kata itu dilafazkan..

Aku adalah aku.. cuba menjadi yang terbaik untuk diri.. ujian dan dugaan menjelma tanpa kita duga.. saat kita cuba mendekati dan cuba mengisi kekosongan hati, terimalah dia seadaanya.. ciptalah saat bahagia tika waktu masih ada,waktu kamu hanya berdua.. hargailah dia jika dia cuba membahagiakan dirimu.. bukan mengujinya dengan kata-kata satu persatu...

Aku punya jiwa.. aku punya sejarah.. tidak seindah yang kau sangkakan.. dinamakah harus ku nilai keikhlasanmu.. aku juga mahu bahagia seperti insan lain diluar sana..

salahkah aku berlaku setia.. salahkah aku tertanya-tanya adakah kau inginkanku dan dambakanku dalam hidupmu.. salahkah aku bila cuba memahami dan memberikan yang terbaik.. salahkah aku tika cuba nikmati kasih yang kau berikan.. adakah ianya dari hati..atau hanya untuk sementara..

Salahkah aku terus menjadi 'aku' kerana tidak pernah aku menyusahkanmu dengan 'aku' yang dulu... tidak pernah aku menysahkanmu dengan masalahku..

AKu yang kini adalah kerana 'aku' yang dulu... hanya aku yang tahu

Janji hanya tinggal janji..cinta hanya tinggal pada kenangannya... aku masih aku.. ambillah masa mengenaliku..bukan menilaiku melalui ujian yang kau cipta.. bukan mendampingimu untuk kau rasa bahagia..kerana aku juga rindukan bahagia itu.. aku rindu kamu.. aku sayang kamu.. TAPi sayang.. kau tidak layak menilaiku kerana kau belum kenali aku.. belum cukup mempercayai kasih yang aku berikan..

Satu saat sudah cukup untuk aku jatuh hati padamu..
satu jam sudah cukup untuk aku merindui kamu..
satu hari sudah cukup untuk aku membuka hati untuk cintamu..
Satu malam sudah cukup untuk aku terus tersenyum dengan mimpikanmu...
Namun, setiap nafas yang ku hembus belum cukup untuk aku melupakan harum wangianmu..
bilakah tibanya saat aku mampu melupakanmu...

SAAT KU KAU TINGGALKAN, kata orang.. dia bukanlah yang terbaik untuk diri kau.. semudah itu kau mendampingimu.. semudah itu juga kau lafazkan.."aku bukanlah untukmu"...

TUHAN.. hambamu ini hanya merancang.. KAUlah yang MAHA menentukan segalanya..
Jadikanlah aku seorang yang REDHA dengan segala ketentuanMU.. AMIN

Saturday, October 24, 2009

cameron..aku datang lagiii...

Sebelum aku habiskan sesi praktikum kat skpk seremban, kitorang sempat join cikgu2 n staf skolah g cameron.. sehingga kali ini, dah tiga kali aku naik cameron.. macam2 jadi kat aku sepanjang nak ke cameron nie...'Tuhan saja yang tahu..perasaanku.....'haha
mase nie kat cactus valley..sumer org x ready time nie.. saper la yang bertuah tangkap gambar nie..huhu
atirah time poss pun sempat tdo..muahahaha

syok dapat tngk tempat tanam strawberry..mcm tak pernah tengok jer..huhuhu

PEACE..!!



sempat menyelit kat tengah2 cikgu2..muahaha



Teringat kembali kenangan maser aku praktikum kat skpk seremban..hurmm.. semuanya tinggal kenangan... actually banyak lagi gambar yang mencuit kenangan..tapi ni antara yang aku nak share dulu.. nanti aku update lagi.. huhu ni lah antara dua jejaka bodyguard yang kelek kitorang kehulu kehilir kat seremban.. mamat dua org ni banyak berjasa kat aku.. basic jer nie..hehe tq member..
yang tengah2 tu kak as.Cikgu pembimbing aku n amai.. banyak ilmu aku dapat dari dia.. markah pun bley tahan..huhu.. xsme kiter sempurna..tq kak as..=)


Sebelum balik dr seremban, ader jamuan yang skolah wat ntk kami.. ni la jam yang kami sumbangkan sk skpk seremban untuk kenang2an... selamat tinggal


ni la sugu.. time nie aku relief kelas dia.. bukan men lagi sugu.. hari terakhir aku kat skolah.. aper punye bagus daaaa... last day baru nak poss lebih2..


Tuesday, October 13, 2009

Saturday, October 10, 2009

cEr!akAn H!dUp YaNG HaMBaR..=)

22 tahun hidup di dunia ciptaan Ilahi ini..macam-macam benda sudah aku lalui. Dipandang rendah (bukan sebab aku rendah..hehe)..,dikeji, difitnah, ditikam belakang(aduh..sakit tuee), di salah erti.. dan segala macam 'di...' yang lain.. Sejauh mana kebenaran yang dikatakan orang-orang itu, hanya kita dan TUHAN yang tahu...

Dalam meniti hari-hari yang mendatang..bermacam-macam kerenah manusia yang telah aku temui.. pengalaman mendewasakan kita.. umur dan tempoh masa kita hidup di dunia bukanlah ukuran ilmu yang kita miliki.. tapi dugaan yang kita hadapi dan tempuh sehari-hari.

Bukan senang kita mahukan orang lain ikut dan fahami diri kita. Sejauh mana kita saling melengkapi antara satu sama lain... itulah erti sebenar keikhlasan sesuatu perhubungan. Tak kira lah sama ada orang itu adalah ahli keluarga, kawan, sahabat, anak murid, atau pun kekasih. Ada masa dan saat, sangat penting kita rendahkan ego dan cuba menerima kehendak orang lain selagi kehendak itu tidak melampau batas-batas yang kita sedia maklum ataupun batas-batas yang kita tetapkan sendiri. Tepun dada tanya la iman.. hehehe (diri sendiri mau ingat..)

Aku pernah ditanya.."Orang pompuan nie suka lelaki yang macam maner ek?"..
Aku : Entahla.. setiap orang teast dia berbeza.. Lain org, lain cita rasanyer.Macam saya, saya tak suka orang yang .......
Si lelaki : Mmmm... ooOOoOoO.. macam tue.. tapi..you mesti beri yang terbaik kalau you mahukan yang terbaik...

Itulah lumrah manusia.. terlalu cepat menilai seseorang dari segi luaran.. tak kenal maka tak cinta.. Adakah dia tahu sejauh mana yang telah aku berikan dan korbankan kerana 'si dia'.. Sungguhpun kata-kata itu sedikit menyakitkan (aku kot yang terasa sangat..yela..pompuan kan sensitip..hahaha).. tapi hakikat dan kebenarannya, aku dan Tuhan saja yang tahu. kita manusia ni tak boleh nak paksa orang lain faham dan ikut cakap kita.. Sungguhpun kebahagiaan yang kita kecapi itu hanya sementara, syukur Alhamdulillah, itulah peluang yang Tuhan berikan untuk kita kenal dan fahami lumrah dunia dan wajah-wajah manusia yang kita dekati, sayangi dan kasihi.. Bagi aku.. biarlah kita 'disakiti'.. Bila kita sabar,usaha dan dan berserah pada Tuhan, InsyaAllah rezeki itu tetap ada. Lambat atau cepat,,saat itu akan tiba jua....

Terlalu banyak cara orang mendekati kita.. dengan cara bermanja.. dengan cara komitmen yang terlalu tinggi.. dengan harapan.. x kurang juga yang penuh dengan ujian dari 'si dia'. Kata kawan aku..
Lelaki : Lelaki memng suke uji perempuan..biase la tue...
Aku : kenape ek macam tue..??
Lelaki : Entahla..macam aku..aku test nak tengok pompuan tu kedekut ke tak..setia ke tak.. tengok la mcm maner respon dia..

Pernah juga aku berkongsi dengan kawan....
Lelaki : Ala.. ko ni cepat sangat buat keputusan.. bukan nak kahwin sekarang pon..
Aku : Memang la tak kawin sekarang, pompuan nie suka fikir detail. Bukannye pompuan nie desperate sangat nak ader someone dengan dia.. tapi dah lelaki yang datang merayu nak sesuatu perhubungan yang serius.. bile dah bagi, dikatanya macam-macam pulak.Pompuan ni bukan tak fikir panjang. tapi hati dia lembut. Bila dipujuk rayu..cepat cair.. hmmmm..
Lelaki : mmg mcm tue..aku pun tak nafikan..pompuan nie hati dia lembut..pantang pujuk

Tapi sebenarnya bukan perempuan sahaja yang diuji begitu. Lelaki juga tak kurangnya ada yang sangat penyayang...lembut hati..ambil berat dan sangat penyabar.. kerana itulah kita manusia ni dijadikan untuk saling melengkapi.. bukan untuk 'mengambil kesempatan dalam kesempitan' (tu ayat lecturer aku..hahaha)..

Fikiri-fikirkanlah semua... jgnlah terlalu cepat menilai seseorang yang kita kenali itu sekelip mata hanya kerana penampilannya.. Ade yang kita tengok mukanya garang, tapi sebenarnya hatinya penuh kasih sayang.. ada yang kita lihat penampilannya selekeh.. tapi hatinya penuh dengan sikap ambil berat.. ada yang kita lihat penampilannya seksi..tetapi hakikatnya dia lebih tau menjaga batas pergaulan.. hakikatnya..semua atas diri kita.. Masih ada masa untuk berubah dan perbaiki sikap kita yang serba kekurangan ini. Bukan senang nak jadik senang..bukan senang nak kecapi bahagia.. bukan senang nak dikasihi dan mengasihi..(heheheh....)

"Apa yang penting....KERJAAASAMA.." hehehe (tu kalau korang nak join wonderpets..haha)
"Apa yang penting berilah peluang untuk bina rasa percaya, kasih dan sayang..tak kira lah perhubungan itu sekadar sesama ahli keluarga..sahabat atau MERPATI DUA SEJOLI''.. Apa jua yang kita lakukan, jika hati ikhlas.. hati kita senang. TUHAN itu Maha ADIL.. jika kita kecewa atau disakiti sekarang,mungkin itu ujian yang telah ditetapkan untuk kita.. Saat bahagia itu akan tiba jua.. dengan apa cara..?? Semua terletak pada pilihan ANDA..

Pastinya, setiap apa yang kita lakukan.. meskipun dengan gerak hati.. tapi janganlah kita abaikan restu dan petunjuk dari-Nya. Apa yang pasti..setiap yang berlaku itu adalah ketentuan dariNya.. Adakah kita berani dan cukup kuat menghadapi 'kekecewaan' dan 'kesakitan' setelah mencuba sesuatu.. Tepuk dada tanya lah selera... =)