Monday, June 21, 2010

sayang abah saya..

Hari : RABU
TARIKH : 16/6/2010
Siapa kita hari ini belum tentu menjadikan kita pada hari esok
Salam ukhwah untuk semua..
Hari ini ada satu cerita yang nak dikongsi dengan rakan-rakan pembaca..

Malam.... lebih kurang jam 10 p.m.
Mak : pukul berapa kau nak keluar malam ni kamal ?
Kamal : tak tahu lagi lah mak, kenapa?
Mak : Mak nak tanya kau ni, abang Daud ada telefon beritahu ada kerja kosong. Mak pun tak tahu apa kerjanya. Kau telefonlah sendiri tanya semula tentang kerja tu.
Ayah : Sempat ker kau nak buat kerja tu Kamal, dengan belajar kau lagi. Sabtu dan Ahad, kau dah sibuk dengan kelab ‘band’ kau tu. Esok kau dah letih, pelajaran kau entah ke mana, band kau ke mana. Sibuk sangat kau dengan aktiviti luar tu.
Kamal : Ayah jangan nak sibuk pasal jadual Kamal! Jadual Kamal tu, hal Kamal. Kamal tak kacau orang pun! Suka hati Kamal la nak buat apa pun..

(Si ayah sangat terkejut dengan reaksi Kamal. Tambahan pula, kakak, adik bongsu dan mak sama-sama ada di ruang tamu ketika bualan tersebut. Riak wajah si ayah serta-merta berubah. ”Tidak ku sangka-sangka anak aku akan melenting begitu pada aku..hmmm”.Terdetik dalam hati si ayah.Gelora di hatinya disembunyikan di sebalik perilakunya yang sedang menjamah roti bakar. )

Ayah : Jadi, ayah ni siapa pada kamu? Ayah dah tak boleh tegur kamu? Kalau ayah sudah tak boleh tegur, taka pa lah. Lain kali ayah tidak akan kata apa-apa lagi.

(Selesai menjamu roti bakar yang penghabisan, si ayah mengambil kotak rokoknya bersama-sama ‘lighter’. Dibawanya keluar rumah ke beranda untuk duduk menikmati angin malam... )
Ayah termenung jauh. Mukanya yang merah padam terselindung di sebalik gelap malam ketika itu. Tanpa disedari setitis air mata jaatuh mengalir di pipi. Ayah mula bermonolok dalam hati...
“ KAMAL ...Sewaktu kecil dulu, kaulah yang aku bawa meronda sekitar kampung sambil menunggang motosikal buruk tu. Kaulah yang aku dodoikan tika malam menggamit tiba. Seekor nyamuk pun tidak aku izinkan hinggap di tubuhmu Kamal... gelak tawa kau lah yang menceriakan hidup ayah setiap hari..
Ayah tahu ayah tidak berpelajaran tinggi seperti kamu. Ayah tidak ada harta untuk diberikan bahkan untuk diwasiatkan pada kamu. Sungguhpun ayah kerap tidak sihat, ayah paksa juga tulang empat kerat ayah untuk mencari rezeki. Ayah tidak pernah rasa segan mencuci longkang, menjadi tukang sapu, mengambil upah untuk membersihkan lalang di kawasan-kawasan perumahan. Ayah cuma risaukan kau tidak ada wang untuk berbelanja. Jika kau gagal dalam pelajaran, ayah tidak ada wang untuk menggantikan semula diut PTPTn yang digunakan untuk menampung pembelajaran kau di universiti.
Luluh sungguh perasaan hati ayah melihat kemesraan kau dengan Pak Karim. Apa saja yang disuruhnya, akan kau buat dengan rela hati. Sampai hati kau Kamal meninggikan suara pada ayah hingga sebegitu rupa.” )
Maka, si ayah pun masuk semula ke dalam rumah. Di keluarkan duit sebanyak RM30 daripada poket seluar, dan dimasukkan ke dalam dompet Kamal secara sembunyi.
“Ya Allah, seandainya ini adalah wang perbelanjaan terakhir yang sempat aku berikan kepada anak aku ini, jadikanlah ia sebagai sumber rezeki keberkataan hidup anakku. Janganlah kau biarkan anak ku lalai dengan duniawinya. Biarah aku kelaparan,biarlah aku kepenatan, Namun janganlah kau biar anak ku papa kemudian hari kelak . Amin Ya Rabbal ‘alamin.”
Perlahan-lahan si ayah masuk ke dalam bilik untuk tidur. Menjana semula tulang empat keratnya untuk mencari rezeki pada esok hari.

Catatan penulis :
Teman, renung-renungkan sejenak adalah kita pernah bertindak sebegitu pada ayah kita. Tidak dinafikan sayangkan ibu adalah tiga kali lebih daripada ayah. Namun teman, renungkanlah semula wajah ayah kita. Senyumannya. Dia juga lelaki. Peuh dengan ego, namun jauh di sudut hati kecilnya, kasihnya tidak terhingga dan tidak boleh dipertikaikan.
“Ya Allah,kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi ku sejak kecil lagi. AMIN..”
SELAMAT HARI BAPA UNTUK ABAH....
SAYANG ABAH SAYA......
KAMU PULA BAGAIMANA .....=)

DOA UNTUK HARI INI
“Allahumma rahmataka arju fa la takilni ila nafsi tarfata ‘aynin wa aslih li sha’ni kullahu, la ilaha illa anta”
“Ya Allah, aku memohon belas kasihan-Mu, lindungilah aku, janganlah kau biarkan diriku walau seketika pun. Dan perbetulkanlah diri ku. Tiada Tuhan selain daripada-Mu.”
(Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani)

No comments:

Post a Comment